Langkau ke kandungan utama

PENJELASAN MENGENAI UCAPAN TAKZIAH BERKAITAN TRAGEDI MH370


Rentetan daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 dalam satu sidang media khas bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac 2014 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, disusuli dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang memutuskan bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban, maka timbul persoalan tentang pandangan Islam berkenaan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Persoalan ini timbul kerana walaupun mangsa-mangsa yang berstatus mafqud yang kebarangkalian kuatnya telah tiada berdasarkan kepada pengamatan pakar-pakar yang terlibat dalam misi pencarian, tetapi status kematian mereka perlu disabit dan disahkan oleh mahkamah, sebagaimana keputusan Muzakarah.
Jadi, apakah hukum mengucapkan takziah kepada ahli keluarga para penumpang dan anak kapal MH 370?

Merujuk kepada pengertian takziah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab, ia member maksud memujuk supaya sabar dan menggembirakan. Dari sudut fiqah, takziah ialah ucapan-ucapan yang ditujukan kepada orang yang ditimpa musibah bagi memujuk mereka supaya bersabar. Ia boleh diucapkan dalam bentuk doa seperti, “Mudah-mudahan Allah menggandakan pahala kamu dengan ujian ini”, atau “Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesabaran kepada kamu dalam menghadapi musibah ini”, dan lain-lain.

Walaupun perkataan takziah begitu sinonim dengan kematian, dan di dalam kitab-kitab fiqah juga banyak dibicarakan dalam bab hukum-hakam jenazah, tetapi sebenarnya ucapan takziah tidak khusus kepada musibah kematian. Malah ia digalakkan untuk diucapkan kepada mereka yang ditimpa apa sahaja musibah selain daripada kematian.

Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam yang bermaksud: “Tidaklah seseorang mukmin mengucapkan takziah kepada saudaranya dengan suatu musibah, kecuali Allah akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari akhirat”. (Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, 1:511, no: 1602).

Al-Munawi menjelaskan maksud hadis dengan mengatakan, “Pada hadis tersebut, member takziah adalah sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut), dan ia tidak khusus pada kematiansahaja, kerana hadis tersebut menyebut musibah secara mutlaq”.(Al-Munawi, Faydh al-Qadir, 5:495).

Seorang ulama mazhab Syafie, Al-Ramli menyebut, “Keumuman perkataan mereka tentang sunat takziah kerana musibah, meliputi takziah kerana kehilangan harta”.(Al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, 3:13).

Dengan melihat kepada lafaz hadis yang umum tentang takziah terhadap orang yang ditimpa musibah beserta tafsiran ulama mengenainya, dan melihat kepada maksud dan objektif daripada pensyariatan ucapan takziah iaitu untuk memujuk mereka supaya sabar dan tabah menghadapi musibah, maka disimpulkan bahawa ucapan takziah untuk selain musibah kematian juga adalah digalakkan.

Justeru,adalah digalakkan dan dengan cara berhikmah untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 di atas musibah yang menimpa. Mudah-mudahan dengan berkongsi kesedihan dengan mereka dan menunjukkan rasa cakna dan prihatin kita terhadap mereka, akan terubat rasa sedih daripada tragedi tersebut.

Wallahu A’lam.


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

jawapan kenapa orang islam sembah kaabah

mungkin ramai tertanya-tanya,terutamanya orang bukan islam,kenapa orang islam apabila sembahyang sambil mengadap kiblat atau kaabah?perbuatan ini menjadi persoalan orang ramai,jadi tidak ada beza orang islam dengan bukan islam yang menyembah berhala.oleh itu disi saya ingin memberi jawapan diatas persoalan tersebut... Soalan:  Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat? Jawapan:  Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT. Surah Al Baqarah: Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil - Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya."