Langkau ke kandungan utama

PERTOLONGAN ALLAH DATANG SETELAH SOLAT TAHAJJUD


Pada satu petang sebelum maghrib beberapa hari yang lalu, isteriku terlihat resah. Beberapa kali mundar-mandir dari dapur ke ruang tamu. Raut wajahnya tampak kalut. Kerana kehairanan saya pun bertanya kepadanya. “Ada apa juga umi. Dari tadi kelihatan bingung?”.

“Anu, Abi. Beras di dapur sudah habis. Bingung besok tidak ada yang hendak dimasak,” jawabnya sambil menunjukkan bekas beras yang sudah kosong

Keresahan isteriku aku fahami. Maklumlah jika esok tidak ada beras untuk dimasak, maka 13 belas anak yatim piatu yang kami asuh mungkin tidak makan. Mereka akan pergi sekolah dengan perut yang kosong.

“Umi minta bersabar, ya. Walaupun beras sudah tidak ada, tapi kita masih punya satu malam untuk solat tahajud dan meminta kepada Allah,” kataku menenangkan isteriku dengan penuh kenyakinan.

“Ya abi, umi yakin. Semoga Allah yang Maha Pemberi rezeki berkenan membantu kita,” harapnya meski kekalutan masih tergambar di wajahnya. Pada malam harinya, pukul 2.30 pagi, saya dan isteri bangun. Selepas 10 minit berwudhu dan memakai pakaian untuk solat. Setelah itu membangunkan anak-anak yang sedang tidur nyenyak. Namun anak2 yang sedang tidur itu begitu susah untuk dibangunkan. Sudah beberapa kali memukul pelahan dengan sejadah dan berkata “Shalatul lail” berulang kali, namum anak-anak masih tidak mahu bangun.

Namun bila ada yang sudah bangun, tapi duduk sebentar dan tidur kembali. Atas kesabaran supapa anak-anak dapat bangun malam, setelah mengerakkan mereka selama 15 minit barulah semuanya bangun. Alhamdulillah...

Sementara menunggu mereka bersiap-siap, saya dan isteri solat sunat terlebih dahulu. Dalam suasana syahdu di sepertiga malam itu saya pun berdoa dan memohon kepada Allah SWT. Kedua tangan ku tadahkan ke langit. Isteri dan anak-anak mengamin meski dengan mata kuyu menahan mengantuk.

“Ya Allah, Engkau Maha Kaya. Berilah rezeki yang halal dan berkat untuk kami ya Allah. Kami tidak memiliki apa-apa kecuali dari-Mu. Jika ia ada di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika kotor sucikanlah"

Terdengar suara amin dari para anak-anak. Air mataku tergenang...

Subhanallah....

Pagi sekitar pukul 10.00 pagi, tiba-tiba datang seorang perempuan membawa empat guni beras. Entah tahu dari mana, tapi kata perempuan itu ia sengaja mencari rumah anak yatim di daerah kami menetap walaupun terdapat juga rumah anak yatim yang lain. Saya yakin, ia dikirim oleh Allah. Dan saya yakin, itu jawaban atas doa anak-anak yatim kami semalam.

“Subhanallah, ternyata betul ya Abi. Allah pagi ini buktikan janji-Nya,” kata isteri aku setelah mengahantar dermawan itu pulang.

Sejak itu, saya dan isteri makin yakin kekuatan solat malam. Solat malam boleh menjadi tempat kita mengadu kepada Allah untuk memohona pertolongan dalam segala perkara di atas muka bumi. Sejak saat itu pula, saya, isteri dan seluruh penghuni anak yatim melakukan solat tahajud setiap malam. Dan ternyata, hingga kini Allah selalu mencukupi keperluan kami. Kami tidak pernah kelaparan. Pertolongan seperti itu juga sering kami alami.

Pernah berlaku, tiba-tiba seorang lelaki datang dari tempat yang jauh yang memiliki perniagaan yang berjaya, Ia bermimpi disuruh untuk memberikan sedekah ke sebuah rumah anak yatim di daerah tersebut iaitu ciri-ciri rumah anak yatim yang kecil dan daif serta pengetua yang berbadan kurus. Maka, dicarilah rumah anak yatim yang dimaksud di dalam mimpinya itu. "Alhamdulillah... setelah saya mencari di bebarapa rumah anak yatim di daerah ini, akhirnya bertemu juga rumah anak yatim seperti dengan ciri-ciri yang terdapat dalam mimpi saya"

Walaupun berkali-kali saya beritahu mungkin bukan rumah anak yatim ini yang dimaksudkan didalam mimpi beliau, namun beliau tetap yakin. Ia pun memberi sejumlah wang tunai yang besar nilainya.

Tidak hanya itu. Pernah juga berlaku kejadian yang sama dari hamba Allah yang datang memberi bantuan dan sedekah. Malah akaun bank rumah anak yatim kami pun sentiasa ada yang memasukkan sejumlah wang yang banyak tanpa mengetahui siapa yang memasukkannya... Subhanallah..

Kesimpulannya....

Untuk peringatan diri saya sendiri dan sahabat semua, mohonlah pertolongan dari Allah dengan solat tahajud, InsyaAllah dimakbulkan cepat. Jika belum dimakbulkan apa yang kita minta janganlah putus asa, sentiasa buatkan amalan solat malam setiap hari walaupun 2 rakaat sahaja, insyaAllah doa kita akan dimakbulkan dan kita akan berjaya di duni dan akhirat


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

jawapan kenapa orang islam sembah kaabah

mungkin ramai tertanya-tanya,terutamanya orang bukan islam,kenapa orang islam apabila sembahyang sambil mengadap kiblat atau kaabah?perbuatan ini menjadi persoalan orang ramai,jadi tidak ada beza orang islam dengan bukan islam yang menyembah berhala.oleh itu disi saya ingin memberi jawapan diatas persoalan tersebut... Soalan:  Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat? Jawapan:  Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT. Surah Al Baqarah: Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil - Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya."