Langkau ke kandungan utama

Antara Wanita Dan Telefon Mana Lebih Tinggi Nilainya


Telefon mudah alih atau lebih glamour dengan panggilan handset, kini seakan-akan menjadi asset yang wajib dimiliki oleh setiap individu untuk memudahkan segala urusan dan perhubungan di zaman era globalisasi ini.

Melangkah tahun 2013 telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note 2, iPhone 5 dan sebagainya kian mendapat tempat di poket mahupun handbag masyarakat yang sudah tidak mengenal usia sama ada remaja, dewasa, mahupun golongan veteran.

Dengan bermodalkan wang sejumlah kira-kira RM2500 ‘sahaja’ telefon pintar keluaran terbaru yang di idam-idamkan manusia seantero dunia pasti dapat kita dimiliki.

Setelah memiliki handset itu, sudah pasti kita akan menjaga dan melindungi handset tersebut seperti menjaga nyawa kita sendiri. Handset itu akan dipakaikan dengan housing atau casing yang mahal dan berkualiti demi untuk menjaga handset itu dari sebarang kerosakan atau calar. Namun ada juga pemilik yang hanya mampu menyarungkan housing murahan kepada handset mahalnya itu, asalkan matlamat untuk memelihara handset itu dari sebarang kerosakan atau calar tercapai. Sudah semesti Design dan colour yang menarik akan menjadi pilihan si pemilik handset untuk menyarungkannya ke handset mahal itu.

Tidak cukup dengan itu, bahagian skrin handset yang luas, pasti akan diletakkan dengan ‘screen protector’ supaya permukaan skrin tidak akan tercalar dan sentiasa kelihatan seperti baru dan menjamin keselesaan pengguna.

Andai aurat wanita terpelihara seperti terpeliharanya handset ini

Untuk menunjukkan rasa beharganya nilai henset seperti itu , sudah semestinya handset itu akan dijaga dengan rapi. Dikendong bagai mendukung anak yang baru lahir. Hatta jika ada tangan-tangan lain yang ingin meminjam sebentar handset itu pasti anak mata kita tidak akan berhenti mengekori dan memerhati handset kesayangan kita. Dan apabila orang itu menjatuhkan handset secara tidak sengaja, hati kita pasti tersentak dan seakan-akan hendak memarahi orang yang menjatuhkan handset itu. Malah, mungkin ada yang memang akan memarahi orang itu. Bukan kerana apa, tapi kerana bimbangkan keselamatan handset mahalnya dari rosak dan tercalar.

Jika handset itu dijaga dengan rapi, biarpun bertahun lamanya handset mahal itu dipakai, namun apabila dibuka housing dan screen protector itu, handset itu akan kelihatan seperti baru.

Saat itu barulah kita sedar dan rasa berbaloi menghabiskan duit untuk membeli aksesori berkualiti dan mahal demi menjaga kehalusan dan kelembutan handset kesayangan kita itu.

ANALOGI

Baiklah, sekarang ayuh kita lihat persamaan yang boleh kita dapati antara handset dan wanita.

Sedar tak sedar, penjagaan handset masa kini boleh diumpakan seperti penjagaan aurat dan harga diri wanita. Tetapi apa yang pasti nilai harga diri seorang wanita jauh lebih tinggi berbanding nilai sebuah handset.

Handset model terkini mungkin boleh di dapati dengan nilai RM 2 500, tetapi untuk mendapatkan wanita dan dijadikan isteri pada ‘zaman ini’ sudah semestinya jauh lebih tinggi nilai yang perlu dikeluarkan .

Yang terkini, rakyat Malaysia disibukkan pulak dengan berita hangat mas kahwin bagi perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) penjaga gol kebangsaan dan isterinya Leuniey adalah sebanyak RM 19 000. Malah, ada juga wanita yang mas kahwinnya mencecah puluhan ribu. Namun, tidak dinafikan masih wujud lagi wanita yang hanya meminta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwinnya dan kita sedia maklum bahawa sebaik-baik wanita adalah wanita yang merendahkan mas kahwinnya.

Perlu diingatkan nilai seorang wanita bukan sekadar pada mas kahwin saat ijab Kabul dilafazkan,malah bernilainye seorang wanita yang dijaga akhlak dan keperibadiannya, kerana itu Suami yang sedar akan tingginya harga diri dan maruah isterinya pasti akan menyuruh isterinya untuk menutup aurat. Malah ada suami yang akan membelikan tudung untuk isteri kesayangannya agar aurat isterinya terjaga. Ada juga suami yang gemar memilihkan tudung untuk isteri agar isteri tampak berseri serta menjaga aurat walaupun bertudung.

Tidak cukup dengan tudung, si suami pasti akan membelikan aksesori tambahan untuk isterinya seperti stokin dan sarung tangan bagi memastikan aurat isterinya lebih terjaga. Malah ada suami yang menggalakkan isterinya untuk memakai purdah agar kejelitaan dan kecantikan isterinya tidak ditunjukkan kepada lelaki lain yang tidak layak melihatnya.

Segala pergerakan dan tingkah laku isterinya pasti akan diperhatikan. Anak mata hitam cemburu sang suami pasti akan mengekori lelaki-lelaki yang cuba untuk mendekati isterinya. Mana-mana lelaki yang berani menyentuh atau mengusik isterinya itu, sudah pasti hati sang suami tersentak lalu ingin memarahi lelaki itu.

Segala eksesori tambahan yang dipakai oleh wanita itu hanya akan dibuka dihadapan suami dan mahramnya menunjukkan betapa terjaga kesucian diri seseorang wanita itu tanpa sebarang kerosakkan dan calar pada wanita itu secara zahir dan batinnya.

MUHASABAH

Wanita sanggup melindungi handsetnya dari sebarang kesan calar yang bakal mencacatkan handsetnya tetapi kadang-kadang wanita alpa dan leka untuk melindungi dirinya sendiri dari di calarkan oleh azab api neraka yang panas dan pedih.

Lelaki pula sanggup bersusah payah menjaga dan melindungi handsetnya dari terlihat kesan gores di setiap permukaan handset tetapi kadang-kadang mereka terlupa untuk menyelamatkan isteri dan kaum keluarganya sekali gus menyelamatkan dirinya sendiri dari di gores oleh api neraka yang tajam.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

jawapan kenapa orang islam sembah kaabah

mungkin ramai tertanya-tanya,terutamanya orang bukan islam,kenapa orang islam apabila sembahyang sambil mengadap kiblat atau kaabah?perbuatan ini menjadi persoalan orang ramai,jadi tidak ada beza orang islam dengan bukan islam yang menyembah berhala.oleh itu disi saya ingin memberi jawapan diatas persoalan tersebut... Soalan:  Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat? Jawapan:  Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT. Surah Al Baqarah: Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil - Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya."