Langkau ke kandungan utama

jawapan kenapa orang islam sembah kaabah



mungkin ramai tertanya-tanya,terutamanya orang bukan islam,kenapa orang islam apabila sembahyang sambil mengadap kiblat atau kaabah?perbuatan ini menjadi persoalan orang ramai,jadi tidak ada beza orang islam dengan bukan islam yang menyembah berhala.oleh itu disi saya ingin memberi jawapan diatas persoalan tersebut...

Soalan:
 Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat?

Jawapan:
 Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT.

Surah Al Baqarah:

Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil - Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (2:144)

1. Islam menganjurkan perpaduan:

Contohnya, jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap ke arah utara, ada yang ingin menghadap ke selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan yang satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur kaabah, mereka menghadap ke Barat.

2. Kaabah terletak di tengah peta dunia:

Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.

3. Tawaf mengelilingi kaabah menandakan satu Tuhan.

Apabila orang Muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka mengerjakan tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan tuhan yang satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat, maka, hanya Allah SWT sahaja yang layak disembah.

4. Hadis Umar r.a

Berkenaan batu hitam, hajarul aswad, terdapat hadis yang dikaitkan dengan sahabat terbilang Nabi Muhammad SAW, iaitu, saidina Umar r.a.

Menurut Sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, bab 56, H.no. 675, Umar r.a. berkata," Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi SAW menyentuh dan mencium kamu, nescaya aku tidak akan menyentuh dan mencium kamu."

5. Ada orang berdiri atas Kaabah dan melaungkan azan.

Semasa zaman Nabi, ada orang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Mungkin kita boleh bertanya orang yang mendakwa bahawa umat Islam menyembah Kaabah: siapakah penyembah berhala yang berdiri di atas berhala yang disembahnya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...