SELAWAT
Sabda Nabi s.a.w “ Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” [Hadis Riwayat Tirmidzi]
Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada
malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali,
Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10
kali)." [HR Al Baihaqi]
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” [HR Abu Dawud]
"Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada" (Abu Daud)
Ulasan
Catat Ulasan