Langkau ke kandungan utama

Bersama Mencegah Plagiat

Bermula dengan pengambilan pelajar, memberikan pendidikan dan seterusnya mengurniakan ijazah merupakan tanggungjawab hakiki sesebuah universiti. Misi yang mulia ini akan tercemar seandainya isu plagiat menguasai suasana akademik di Institusi Pengajian Tinggi. Adalah amat malang dan memalukan dunia akademik seandainya tren penipuan yang berleluasa di kalangan pelajar di seluruh dunia ini tidak dikekang dan dibiarkan berterusan. Kewujudan Internet telah memburukkan lagi isu plagiat.

Kami  tidak pernah berkompromi dengan isu plagiat ini, malahan mengambil pendirian bahawa plagiat adalah satu jenayah akademik yang amat serius dan boleh mengakibatkan hukuman yang berat seperti disingkirkan atau digantung pengajian dari universiti. “Bunting” dan poster yang “menghiasi “ persekitaran kampus adalah satu langkah permulaan menyuarakan sekeras-kerasnya pendirian kami atas isu plagiat di samping meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan staf mengenai “barah” akademik ini. Demi sama-sama membantu kejayaan kempen ini, semua fakulti dan kampus cawangan dinasihatkan agar berusaha memberi penerangan kepada para pelajar tentang apa itu plagiat dan bagaimana boleh terjerumus ke dalam masalah ini. Salah faham sering terjadi di kalangan pelajar tentang isu ini. Pelajar perlu disedarkan bahawa plagiat tanpa niat tetap merupakan satu kesalahan/jenayah sama seperti plagiat dengan niat. 


Sebagai sebahagian dari usaha berterusan untuk memastikan amalan penilaian akademik yang berintegriti, kesemua hasil kerja pelajar akan secara beransur-ansur disaring keasliannya/bebas plagiat dengan menggunakan perisian anti plagiat. Pelajar yang didapati “menipu” akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan akademik . 


Saya berharap agar pelajar turut memainkan peranan masing-masing demi memastikan “jenayah akademik” ini tidak berleluasa dan dapat dibendung di peringkat awal lagi. Pelajar perlu beretika di dalam melaksanakan semua tugasan akademik dan memastikan bahawa hanya hasil kerja yang asli dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta keupayaan sebenar mereka. Sesungguhnya dunia akademik sentiasa menyanjung tinggi pelajar yang berintegriti dan jujur. Tanpa etika murni ini, kelayakan akademik yang diperolehi akan dicurigai. Plagiat membunuh keyakinan diri, membantutkan peluang membina kemahiran berfikir dan menulis; paling malang sekali ia akan mencacatkan sistem penilaian yang selama ini merupakan asas institusi akademik terutamanya UiTM yang dikasihi.

Mesej ini bukan bertujuan untuk menakutkan pelajar sehingga menjadi cuak untuk menggunakan atau mengaplikasikan idea-idea bernas dan cemerlang oleh penulis lain ke dalam tugasan akademik mereka. Perlu diingat, kesemua idea, maklumat (kecuali kepunyaan kita sendiri dan maklumat yang tergolong di dalam kategori pengetahuan umum) perlulah dinyatakan sumbernya secara jelas dan tepat. Apabila berlaku kekeliruan atau ketidakpastian, mintalah bantuan pensyarah. Proses pembelajaran dan perkembangan ilmu bermula dari hasil kerja orang lain tetapi ianya perlu diakui.

Di sini saya berseru agar semua kita memahami dan peka tentang keburukan dan bahayanya plagiat ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu memerangi wabak ini dari terus mencemarkan nama baik intitusi pengajian tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

jawapan kenapa orang islam sembah kaabah

mungkin ramai tertanya-tanya,terutamanya orang bukan islam,kenapa orang islam apabila sembahyang sambil mengadap kiblat atau kaabah?perbuatan ini menjadi persoalan orang ramai,jadi tidak ada beza orang islam dengan bukan islam yang menyembah berhala.oleh itu disi saya ingin memberi jawapan diatas persoalan tersebut... Soalan:  Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat? Jawapan:  Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT. Surah Al Baqarah: Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil - Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya."