Tibalah detik-detik terakhir dari hidup beliau. Aisyah menarik tubuh beliau ke pangkuannya. Tentang hal ini dia pernah berkata, "Sesungguhnya di antara nikmat Allah yang dilimpahkan kepadaku, bahwa Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam meninggal dunia di rumahku, pada hari giliranku, dan berada dalam rengkuhan dadaku. Allah menyatukan antara ludahku dan ludah beliau saat wafat."
Abdurrahman bin Abu Bakar masuk ke dalam sambil memegangi siwak. Saat itu aku merengkuh tubuh beliau. Aku melihat beliau melirik ke siwak di tangan Abdurrahman. Kerana aku tahu beliau sangat suka kepada siwak, maka aku bertanya, 'Apakah saya boleh mengambil siwak itu untuk Anda?'
Beliau mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menyerahkannya kepada beliau dan menggosokkannya ke mulut beliau. Rupanya gosokanku terlalu keras bagi beliau. Aku bertanya, 'Apakah aku harus memelankannya?' Beliau mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menggosok dengan pelan-pelan sekali. Di dekat tangan beliau saat itu ada bejana berisi air. Beliau mencelupkan kedua tangan ke dalam air lalu mengusapkannya ke wajah, sambil bersabda, ‘Tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah. Sesungguhnya kematian itu ada sekaratnya.’
Usai bersiwak, beliau mengangkat tangan atau jari-jari, mengarahkan pandangan ke arah langit-langit rumah dan kedua bibir beliau bergerak-gerak. Aisyah masih sempat mendengar sabda beliau pada saat-saat itu, “Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka dari pada nabi, shiddiqin, syuhada dan shalihin. Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku. Pertemukanlah aku dengan Kekasih Yang Maha Tinggi, ya Allah, Kekasih Yang Maha Tinggi.” Kalimat yang terakhir ini di ulang hingga tiga kali yang disusul dengan tangan beliau yang melemah.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Beliau telah pulang kepada Kekasih Yang Maha Tinggi. Hal ini terjadi saat pagi sudah terasa panas, pada Isnin 12 Rabi'ul Awwal 11 Hijrah. Beliau wafat pada usia 63 tahun lebih empat hari.
Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Syeikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri dan ditahqiq oleh al-Albani.
(Halaman 824~825)
Ulasan
Catat Ulasan