Langkau ke kandungan utama

FENOMENA 26 HARIBULAN



Jika diimbas kembali peristiwa bencana alam yang berlaku beberapa tahun lalu, angka 26 kerap menjadi tarikh terjadinya malapetaka yang paling dahsyat dalam sejarah.

Antara malapetaka yang pernah direkodkan:

26 Januari 1531 - Gempa bumi di Lisbon, Portugal
26 Januari 1700 - Gempa di Laut Pasifik
26 Julai 1805 - Gempa bumi di Naples, Calabria, Itali
26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus
26 Disember 1861 - Gempa bumi di Egion, Greece
26 Mac 1872 - Gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat
26 November 1902 - Gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech
26 November 1930 - Gempa bumi di Izu Island, Jepun
26 September 1932 - Gempa bumi di Ierissos, Greece
26 Disember 1932 - Gempa bumi di Kansu, China
26 Oktober 1935 - Gempa bumi di Colombia
26 Disember 1939 - Gempa bumi di Erzinchan, Turki
26 November 1943 - Gempa bumi di di Tosya Ladik, Turki
26 Disember 1949 - Gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 - Gempa bumi di Bolu Abant, Turki
26 Mac 1963 - Gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun
26 Julai 1963 - Gempa bumi di Skopje, Yugoslavia
26 Mei 1964 - Gempa bumi di South Sandwich Island, Lautan Atlantik
26 Julai 1967 - Gempa bumi di Pulumur, Turki
26 September 1970 - Gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Julai 1971 - Gempa bumi di Solomon Island
26 April 1972 - Gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 - Gempa bumi di North Atlantik
26 Mac 1977 - Gempa bumi di Palu, Turki
26 Disember 1979 - Gempa bumi di Carlisle, England
26 April 1981 - Gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat
26 April 1983 - Gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
26 Januari 1985 - Gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Januari 1986 - Gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat
26 April 1992 - Gempa bumi di Cape Mendocino, California
26 Oktober 1997 - Gempa bumi di Itali
26 Disember 2004 - Tsunami di Acheh, Indonesia
26 Mei 2006 - Gempa bumi di Jogja, Indonesia
26 Jun 2010 - Gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia
26 Oktober 2010 - Tsunami di Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia
26 Oktober 2010 - Letusan Gunung Berapi, Pulau Jawa, Indonesia

Persoalannya, mengapa semua kejadian tersebut berlaku tepat pada 26 haribulan?

Apakah secara kosmologi, jika tiba tarikh tersebut atau pada setiap penghujung bulan, bumi menjadi tidak 'tenteram' hingga meletuskan bencana kepada isi alam ini?

Atau dengan lain perkataan, apakah angka berkenaan adalah pencetus malapetaka?

Menurut penyelidik Astronomi Profesional dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zambri Zainuddin, komuniti sains telah melakukan banyak kajian untuk mengetahui bilakah tarikh tepat berlakunya bencana alam di muka bumi seperti gempa bumi.

Tambahan pula, pada hari ini sudah ada teknologi canggih yang boleh mengesan gegaran walaupun disebabkan oleh sehelai rambut.

Malangnya, kumpulan pakar sendiri tidak boleh meramal tarikh spesifik bila gempa bumi akan meletus meskipun terdapat teknologi dan data lengkap mengenainya.

Apa yang boleh dilakukan oleh pakar ialah hanya memberi ramalan bila gempa bumi akan berlaku dalam tahun-tahun tertentu.

Justru, pada pandangan saintis, nombor misteri itu bukanlah pencetus bencana, tetapi apa yang berlaku itu ada kemungkinan cuma kebetulan.

Begitupun, Dr Zambri berkata, beberapa andaian yang boleh diambil kira hingga memungkinkan fenomena ini tercetus.

Salah satunya kesan tindakbalas matahari, bulan dan bumi.

Pengaruh kombinasi daya tarikan graviti antara matahari, bumi dan bulan juga boleh menyebabkan pasang surut air laut.

Soal bagaimana ketiga-tiga planet itu bergabung adalah sangat kompleks untuk dijelaskan.

Namun, sekiranya pasang surut air laut terjadi, kemungkinan aliran air itulah memberi kesan kepada bencana.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini belum ada kejadian gempa bumi dan Tsunami disebabkan oleh pasang surut air laut.

Para Saintis juga meramalkan, jika kedudukan bulan berubah-ubah pada setiap bulan dan berada pada jarak paling dekat dengan bumi, kedudukan bulan dalam keadaan sebegitu dipercayai boleh menjejaskan corak cuaca bumi sehingga mencetuskan bencana alam.

Apa pun, Allah lah Yang Lebih Mengetahui & Maha Berkuasa...

WaLLaHu A'LaM...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

jawapan kenapa orang islam sembah kaabah

mungkin ramai tertanya-tanya,terutamanya orang bukan islam,kenapa orang islam apabila sembahyang sambil mengadap kiblat atau kaabah?perbuatan ini menjadi persoalan orang ramai,jadi tidak ada beza orang islam dengan bukan islam yang menyembah berhala.oleh itu disi saya ingin memberi jawapan diatas persoalan tersebut... Soalan:  Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada kaabah semasa solat? Jawapan:  Kaabah adalah kiblat, iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah SWT. Surah Al Baqarah: Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil - Haram. Dan dimana sahaja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya."