Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Kenapa yahudi memusuhi Bani Jawi ???

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ ‘kaum yang hilang’. BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman. Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalahf berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping t

Alkisah seorang pekerja….

Sulaimi seorang tukang masak di sebuah restoran. Majikannya Cikgu Rosli, seorang penganggur yang tidak mengenali bidang masak mengambil Sulaimi menjadi tukang masak kerana Sulaimi susah mendapat pekerjaan 5 tahun yang lalu. Gaji dibayar tepat setiap bulan 28hb. Cikgu Rosli memberikan kepercayaan penuh pada Sulaimi untuk menjaga dapur. Maklumlah Cikgu Rosli dah tua, beli au hanya sekali-kala datang ke restoran sahaja. Satu hari, Cikgu Rosli ingin mengadakan satu jamuan makan untuk 50 orang makan malam dan memberitahu Sulaimi untuk memastikan segalanya ok. “Cikgu, kami dah ngadu sejak tahun lepas kami tak cukup staff. Jadi sejak tahun lepas, kami dah set, satu malam boleh buat untuk 30 orang sahaja,” kata Sulaimi. “Cikgu tak tahu betapa penatnya saya, Ros dan Syed setiap hari… banyak perkara yang kami kena buat – beli barang, sediakan bahan dan kemudian masak,” tambah Sulaimi lagi. Cikgu Rosli yang tidak tahu apa-apa mengenai memasak mempercayai kata-kata Sulaimi, bahawa permintaan b

Nama aku DUIT, kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.

Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku. Ramai orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan men inggalkan keyakinan imannya, demi aku! Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina. Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku. Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit. Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati

ULAMA & CABARAN SEMASA

JERAI: Para ulama mesti memahami dan mewaspadai permainan serta agenda musuh Islam di peringkat nasional mahupun antarabangsa, demikian nasihat Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh. Membentangkan cabaran berkaitan pendekatan Islamisasi dan idealogi semasa tajaan musuh Islam, katanya perkara itu adalah tindak balas musuh Islam setelah mereka lemas menghadapi gelombang kebangkitan Islam yang dipimpin Gerakan Islam. Menurut beliau, pemerintah di negara-negara umat Islam mendakwa mereka adalah Negara Islam dan kerajaan yang memerintah adalah Kerajaan Islam lalu dengannya mereka mencipta Islamisasi bersifat kulit semata-mata. “Kepada dunia dan rakyat, diiklankan bahawa mereka adalah Negara Islam dengan menubuhkan Bank Islam, Universiti Islam dan pelbagai juzuk kecil program Islam lainnya. Tetapi mereka meninggalkan dasar-dasar kenegaraan Islam sebagaimana dilaksanakan Baginda Nabi SAW dahulu. “Kesannya lahir ulama-ulama rasmiyyun yang mengeluark

PRESIDEN PAS LANCAR KITAB TERBITAN PAS KEDAH

JERAI: PAS Negeri Kedah berjaya menerbitkan dan melancarkan Jilid Kedua Kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ yang merupakan terjemahan dari kitab ‘Afatun ‘ala at-Thariq karangan Dr al-Sayed Muhammad Noh. Pelancaran rasminya telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Ijtimak Ulama PAS Negeri Kedah di Dewan Tuan Guru Osman al-Yunusi, Padang Lumat, di sini 26 Mac lalu. Kitab haraki tulisan ulama hadis yang juga aktivis dakwah Ikhwanul Muslimin itu dilakukan terjemahannya oleh Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dengan susun atur huruf serta suntingan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, manakala cetakan dan pengedaran oleh Pustaka Darussalam. Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, kitab tersebut telah digunakan sebagai teks usrah utama Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sejak zaman Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor hingga kini dan merupakan kitab kesukaan Almarhum. “Segala wabak dibicarakan itu mesti disisihkan dalam situasi cabaran ke

Kedua tercorot PISA: Malaysia tiada cara lain kecuali tukar kerajaan.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini menyelar Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mengaku kelemahan sistem pendidikan negara. LK Siang hari ini berkata kedudukan Malaysia pada tangga ke-39 di kalangan 44 negara dalam ujian penilaian pencapaian pelajar (PISA) dunia membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai cara lain menyelamatkan sistem pendidikan negara melainkan dengan penukaran tampuk pemerintahan. Beliau mengulas ranking terbaru PISA dalam ujian penyelesaian kreatif itu berkata jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara di Malaysia kini sedang berdepan dengan krisis yang amat besar. "Dengan ranking terbaru yang dikeluarkan PISA kita hanya akan mendapat satu isyarat jelas bahawa sistem pendidikan negara kita berdepan dengan krisis. "Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengambil sebarang pengajaran mengenai ini maka saya yakin sistem pelajaran negara ini akan terus mundur dan ini tidak akan berubah sekiranya kerajaan tidak be

Adakah dia layak untukku...???

Adakah lelaki ini kelak membahagiakan diriku? Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku? Akan tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku? Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri? Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya? Adakah kelak lelaki ini akan boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku? Adakah hati ini akan bahagia menjadi isteri kedua, terlibat dengan poligami? Sesungguhnya persoalan-persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri. Jika jawapannya tidak seperti yang kita jangkakan dan harapkan, bila-bila masa sahaja alam pernikahan akan mengundang kecewa dan gundah berpanjangan. Sebaliknya, marilah bertanya pada diri… Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami? Adakah karakter diriku ini membuatkan s

Malu adalah sebahagian daripada iman.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita memiliki sifat malu, ia mampu menghindarkan kita dari sebarang dosa. Namun perlu diingat, malu juga ada tempatnya. Kenapa perlu adanya sifat malu? 1) Fahami sifat malu. • Malu itu mesti kena pada tempatnya. Malu kita bukan hanya kepada manusia sehingga malu bertanya dan bergaul. Sebenarnya, malu itu hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata. 2) Ketaatan kepada Allah s.w.t. • Wujudnya rasa malu kepada Allah. Kita pastinya patuh dengan segala suruhan dan perintah daripada Allah tanpa sebarang bantahan dan alasan. 3) Mengelak daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. • Kita tidak sesekali berani melakukan maksiat dan dosa terhadap Allah s.w.t. Apatah lagi melanggar segala suruhan yang diperintah oleh-Nya. Ia sekaligus menjadikan kita manusia yang sentiasa ingin menghindari dosa. 4) Dimasukkan ke dalam Syurga Allah. • Kita pasti terjamin akan memasuki Syurga Allah s.w.t. jika mempunyai sifat malu. Malu melakukan maksiat dan dosa d

PERHATIAN UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM 2013.

Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015: 19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar 20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka 20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN 09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara 7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta 14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf 16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf 14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen 16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran 16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf 28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf 18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf 29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf 04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm 10/05/2014 :- H

Tazkirah Ringkas.

Rezeki.. ---------------------- Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. -------------------------- Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. ---------------------- Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal. ----------------------- Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan. ----------------- Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala. ------------------- Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebi

Sebuah Cerita Teladan

MANA MAK??? Renung2kan.... Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak

PERTOLONGAN ALLAH DATANG SETELAH SOLAT TAHAJJUD

Pada satu petang sebelum maghrib beberapa hari yang lalu, isteriku terlihat resah. Beberapa kali mundar-mandir dari dapur ke ruang tamu. Raut wajahnya tampak kalut. Kerana kehairanan saya pun bertanya kepadanya. “Ada apa juga umi. Dari tadi kelihatan bingung?”. “Anu, Abi. Beras di dapur sudah habis. Bingung besok tidak ada yang hendak dimasak,” jawabnya sambil menunjukkan bekas beras yang sudah kosong Keresahan isteriku aku fahami. Maklumlah jika esok tidak ada beras untuk dimasak, maka 13 belas anak yatim piatu yang kami asuh mungkin tidak makan. Mereka akan pergi sekolah dengan perut yang kosong. “Umi minta bersabar, ya. Walaupun beras sudah tidak ada, tapi kita masih punya satu malam untuk solat tahajud dan meminta kepada Allah,” kataku menenangkan isteriku dengan penuh kenyakinan. “Ya abi, umi yakin. Semoga Allah yang Maha Pemberi rezeki berkenan membantu kita,” harapnya meski kekalutan masih tergambar di wajahnya. Pada malam harinya, pukul 2.30 pagi, saya dan isteri bangun. S

PAS MENGECAM HUKUMAN MATI TERHADAP 529 AHLI IKHWANUL MUSLIMIN

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin. Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi. Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir. Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh dem

MH370: ISLAM BERI TEMPOH 4 TAHUN SABITKAN KEMATIAN

KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira. "Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun. "Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini. Sidang media yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, dibuat khas sebagai respons terhadap pengumuman terbaru Perdana Menteri berhubung isu MH370 malam tadi. Ustaz Hadi yang ditemui Harakahdaily selepas sidang media itu menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar. Khal

Surat dari Dr Muhammad Badie' dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau :

"Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya. Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut-pengikutnya" Dr Muhammad Badie' Mursyidu

Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985. Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut. "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam). "Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini. Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lum

Respon Kerajaan Kelantan Isu Hudud

Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Pusat untuk nenyokong perlaksanaan hudud di Kelantan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Jamil Khir di Parlimen baru-baru ini. Kami telah lama menunggu kenyataan sebegini dari pemimpin Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan telah bertekad untuk tetap melaksanakannya dan dalam beberapa tindakan ke arah itu. Sebab itulah kami telah menubuhkan beberapa Jawatankuasa bagi mengkaji kaedah perlaksanaan dan mengatasi halangan. Alhamdulillah hasil daripada buah fikiran dari berbagai pihak, kita telah dapat mengenal pasti langkah ke arah itu. Dengan ini kita memohon agar parlimen dapat meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Ianya boleh dibuat mengikut peruntukan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Kelulusan ini diperlukan kerana sebahagian besar dari undang-undang hudud adalah terletak di bawah bidang kuasa persekutuan. Begitu juga dengan jabatan-jabatan

KENYATAAN IKHWAN MUSLIMIN BERHUBUNG PENCALONAN AS-SISI SEBAGAI PRESIDEN MESIR

Kini telah jelas kebenaran dan hilangnya keraguan, gugurnya hujah-hujah untuk memuaskan. Jelas sekali apa yang berlaku pada tarikh 3 Julai 2013 merupakan rampasan kuasa bagi menghukum pemerintahan demokrasi yang sah sekaligus kembalinya pemerintahan tentera. Maka muncul kelmarin (23 Mac 2014) ketua kudeta (iaitu Abdul Fatah As-Sisi) mengumumkan mencalonkan dirinya sebagai Presiden selepas dia melafazkan sumpah di banyak tempat dan majlis bahawa dia atau institusi tentera tidak berniat untuk memerintah Mesir. Tidak pelik, sebelumnya dia pernah bersumpah untuk menghormati perlembagaan dan pemerintah kemudian dia yang melanggar sumpah itu. Kemudian dia muncul dengan pakaian seragam tentera mengumumkan berita mencalonkan dirinya tetapi tidak disebutkan adakah negaranya milik awam atau akan kekal sebuah negara dikuasai tentera? Kita meyakini bahawa kudeta ini dan apa sahaja tindakan mereka adalah tidak sah walaupun diadakan proses pungutan suara ataupun pilihanraya tetapi penuh penipuan

WANITA IDAMAN - 9 Ciri Yang Lelaki idamkan Pada Wanita

Wanita pasti mahu menjadi idaman lelaki. Berikut 9 ciri wanita idaman yang lelaki dan suami mahukan. Wanita seperti ini pasti menjadi idaman mana-mana lelaki. Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang Kau umpama sekuntum bunga, harum aroma mu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah : 1. Berpegang Kepada Agama Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini. 2. Kecantikan Dalaman Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya te

PENJELASAN MENGENAI UCAPAN TAKZIAH BERKAITAN TRAGEDI MH370

Rentetan daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 dalam satu sidang media khas bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac 2014 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, disusuli dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang memutuskan bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban, maka timbul persoalan tentang pandangan Islam berkenaan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Persoalan ini timbul kerana walaupun mangsa-mangsa yang berstatus mafqud yang kebarangkalian kuatnya telah tiada berdasarkan kepada pengamatan pakar-pakar yang terlibat dalam misi pencarian, tetapi status kematian mereka perlu disabit dan disahkan oleh mahkamah, sebagaimana keputusan Muzakarah. Jadi, apakah hukum mengucapkan takziah kepada ahli keluarga para penumpang dan anak kapal

Antara Wanita Dan Telefon Mana Lebih Tinggi Nilainya

Telefon mudah alih atau lebih glamour dengan panggilan handset, kini seakan-akan menjadi asset yang wajib dimiliki oleh setiap individu untuk memudahkan segala urusan dan perhubungan di zaman era globalisasi ini. Melangkah tahun 2013 telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note 2, iPhone 5 dan sebagainya kian mendapat tempat di poket mahupun handbag masyarakat yang sudah tidak mengenal usia sama ada remaja, dewasa, mahupun golongan veteran. Dengan bermodalkan wang sejumlah kira-kira RM2500 ‘sahaja’ telefon pintar keluaran terbaru yang di idam-idamkan manusia seantero dunia pasti dapat kita dimiliki. Setelah memiliki handset itu, sudah pasti kita akan menjaga dan melindungi handset tersebut seperti menjaga nyawa kita sendiri. Handset itu akan dipakaikan dengan housing atau casing yang mahal dan berkualiti demi untuk menjaga handset itu dari sebarang kerosakan atau calar. Namun ada juga pemilik yang hanya mampu menyarungkan housing murahan kepada handset mahalnya itu, asalkan matlamat

Kunci Dunia Akhirat.

SAHABATKU yang dirahmati Allah, rasa takut adalah sifat yang melekat dalam diri manusia. Berbagai macam penyakit jiwa bisa muncul dari rasa takut yang menghantui diri kita secara berlebihan. Mulai dari stress, depresi dan bahkan bisa bunuh diri, semoga Allah lindungi kita semua dari hal-hal tersebut. Berikut obat anti berbagai ketakutan yang menghantui diri kita : 1. Takut Neraka : Hindarkan keyakinan, ucapan dan perbuatan ahli neraka. 2. Takut mati : Persipakan diri dengan iman dan amal sholeh dengan banyak. 3. Takut sakit : Olah raga dan istirahat secukupnya, kemudian makan dan minum dari yang halal dan baik. 4. Takut miskin : Jadikan tawakkal pada Allah sebagai landasan hidup sehari-hari dan hindarkan hidup berfoya-foya. 5. Takut kalah dlm berbagai lapangan kehidupan :Luruskan niat bahwa hidup dan mati ini hanya karena Allah dan untuk Allah. 6. Takut anak dan istri/sumi tidak sholeh : Jadikan iman sebagai tameng, ilmu sebagai cahaya dan do’a sebagai senjata. 7. Takut tidak

Amalan perbomohan yang diharuskan oleh Islam

1.0 Amalan perbomohan yang diharuskan oleh Islam. 1.1 Pendahuluan. Setiap penyakit yang dijadikan oleh Allah diiringi dengan penawarnya atau ubatnya. Islam menganjurkan umatnya agar berusaha mencari penawar atau ubat bagi penyakit yang dihidapi di samping berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakit tersebut. Amalan mengubati penyakit menggunakan khidmat bomoh sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. 1.2 Takrif bomoh. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka istilah bomoh ditakrifkan dengan maksud mengubati penyakit atau pengubat penyakit. Manakala dalam minda pemikiran masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, bomoh ditakrifkan dengan maksud mengubati penyakit atau pengubat penyakit secara tradisional. Walaupun terdapat berbagai pandangan tentang definisi bomoh, sejarah perkembangan Islam membuktikan bahawa amalan perbomohan atau mengubati penyakit adalah harus hukumnya dengan syarat kaedah bomoh sama ada melalui jampi, pengamatan psikologi, penggunaan herba dan akar-akar kayu ti