Langkau ke kandungan utama

PRESIDEN PAS LANCAR KITAB TERBITAN PAS KEDAH


JERAI: PAS Negeri Kedah berjaya menerbitkan dan melancarkan Jilid Kedua Kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ yang merupakan terjemahan dari kitab ‘Afatun ‘ala at-Thariq karangan Dr al-Sayed Muhammad Noh.

Pelancaran rasminya telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Ijtimak Ulama PAS Negeri Kedah di Dewan Tuan Guru Osman al-Yunusi, Padang Lumat, di sini 26 Mac lalu.

Kitab haraki tulisan ulama hadis yang juga aktivis dakwah Ikhwanul Muslimin itu dilakukan terjemahannya oleh Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dengan susun atur huruf serta suntingan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, manakala cetakan dan pengedaran oleh Pustaka Darussalam.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, kitab tersebut telah digunakan sebagai teks usrah utama Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sejak zaman Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor hingga kini dan merupakan kitab kesukaan Almarhum.

“Segala wabak dibicarakan itu mesti disisihkan dalam situasi cabaran ke atas jamaah kita dan tuntutan serta kepercayaan ummah yang mahu melihat kita mempersadakan Islam di kedudukan tertinggi.

“Amat mustahil untuk kita mencapai kesempurnaan, kerana kekurangan itu sendiri adalah ujian ke atas kita dan jamaah. Tetapi setidak-tidaknya kita berusaha meminimakan kekurangan dengan meminjam pengalaman realiti yang pernah ditempuh Gerakan Islam lain sebagaimana ditulis dalam naskhah kitab ini,” demikian petikan prakatanya dalam kitab itu.

Katanya, usaha mengenengahkan kitab itu menjadi keperluan yang wajib disebarkan di semua peringkat anggota jamaah.

Kitab yang dijual dengan harga RM15 senaskhah itu boleh didapati dengan menghubungi 013-4881036 atau 04-7481125 untuk pembelian dan penghantaran.


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...