Langkau ke kandungan utama

MH370: ISLAM BERI TEMPOH 4 TAHUN SABITKAN KEMATIAN


KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

"Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun.

"Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, dibuat khas sebagai respons terhadap pengumuman terbaru Perdana Menteri berhubung isu MH370 malam tadi.

Ustaz Hadi yang ditemui Harakahdaily selepas sidang media itu menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar.

Khalifah kedua itu dikatakan menunggu sehingga empat tahun sebelum memutuskan fasakh seorang wanita yang kehilangan suaminya untuk berkahwin lain.

"Selagi tak dapat bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, hukum ini terpakai.

"Kita tak boleh bergantung hanya kepada imej satelit, yang mengandaikan pesawat pecah.

"Kita perlu terus mencari sehingga jumpa kotak hitam, baru kita boleh sahkan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada jam 6.00 petang ini bagi membincangkan solat jenazah ghaib.

Bercakap ketika membentangkan usul takziah di Dewan Rakyat hari ini, Najib juga memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat memasang bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung, sehinggalah bahagian badan pesawat MH370 ditemui.

Beliau juga berkata, usaha mencari diperhebatkan dan tidak menolak kemungkinan berdepan dengan kesukaran luar biasa.

Usul tersebut menyusul selepas beliau malam tadi mengumumkan, bukti-bukti sedia ada merumuskan bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...