Langkau ke kandungan utama

Kedua tercorot PISA: Malaysia tiada cara lain kecuali tukar kerajaan.


Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini menyelar Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mengaku kelemahan sistem pendidikan negara.

LK Siang hari ini berkata kedudukan Malaysia pada tangga ke-39 di kalangan 44 negara dalam ujian penilaian pencapaian pelajar (PISA) dunia membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai cara lain menyelamatkan sistem pendidikan negara melainkan dengan penukaran tampuk pemerintahan.

Beliau mengulas ranking terbaru PISA dalam ujian penyelesaian kreatif itu berkata jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara di Malaysia kini sedang berdepan dengan krisis yang amat besar.

"Dengan ranking terbaru yang dikeluarkan PISA kita hanya akan mendapat satu isyarat jelas bahawa sistem pendidikan negara kita berdepan dengan krisis.

"Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengambil sebarang pengajaran mengenai ini maka saya yakin sistem pelajaran negara ini akan terus mundur dan ini tidak akan berubah sekiranya kerajaan tidak bertukar," katanya kepada The Malaysia Insider di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian PISA sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.

Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500 dimana ujian itu dilaksanakan pada 2012 dan keputusannya dikeluarkan semalam.

Lim berkata memburukkan keadaan lagi, TS Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak mahu mengakui kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan negara malah tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

"Kita amat kesal kerana menteri (Muhyiddin) langsung tidak mahu memberi kenyataan malah sejak dulu apabila laporan PISA kali pertama dikeluarkan tidak ada sebarang langsung reaksi diberikan beliau.

"Beliau juga tidak langsung tidak mahu mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan negara," katanya.

Katanya sekiranya kerajaan masih lagi berpegang dengan kepercayaan bahawa sistem pendidikan tidak mempunyai kelemahan maka usaha melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga akan gagal.

Malaysia pula hanya mendapat 0.9% pecahan pencapai tinggi berbanding 29.3% diperoleh Singapura. Pecahan Malaysia di bawah peratusan purata iaitu 11.4%.

Ini menunjukkan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia, berusia 15 tahun, yang mampu menyelesaikan masalah paling kompleks, dibandingkan dengan seorang daripada lima pelajar di Singapura, Korea Selatan dan Jepun.

Malaysia memperolehi 29.1 dalam kadar penyelesaian bagi tugasan mengukur pemerolehan pengetahuan dan 29.3 untuk tugasan penggunaan pengetahuan sementara Singapura mendapat markah 62 dan 55.4 masing-masing bagi tugasan berkenaan, jauh lebih tinggi daripada markah purata semua negara iaitu 45.5 dan 46.4.

Selain itu, Malaysia juga mendapat keputusan yang teruk dalam penilaian PISA sebelum ini yang mengukur bagaimana pencapaian pelajar di 65 negara dalam mata pelajaran matematik, sains dan membaca.

Menurut keputusan PISA pada 2012, pelajar Malaysia hanya mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65 negara. Malah, pelajar Vietnam berada di tangga ke-17 daripada 65 negara itu.

Hanya seminggu lalu, pakar ekonomi Bank Dunia bercakap mengenai kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada paras hutang isi rumah rakyat negara ini. – 2 April, 2014.


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...