Langkau ke kandungan utama

Malu adalah sebahagian daripada iman.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita memiliki sifat malu, ia mampu menghindarkan kita dari sebarang dosa. Namun perlu diingat, malu juga ada tempatnya. Kenapa perlu adanya sifat malu?

1) Fahami sifat malu.
• Malu itu mesti kena pada tempatnya. Malu kita bukan hanya kepada manusia sehingga malu bertanya dan bergaul. Sebenarnya, malu itu hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata.

2) Ketaatan kepada Allah s.w.t.
• Wujudnya rasa malu kepada Allah. Kita pastinya patuh dengan segala suruhan dan perintah daripada Allah tanpa sebarang bantahan dan alasan.

3) Mengelak daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
• Kita tidak sesekali berani melakukan maksiat dan dosa terhadap Allah s.w.t. Apatah lagi melanggar segala suruhan yang diperintah oleh-Nya. Ia sekaligus menjadikan kita manusia yang sentiasa ingin menghindari dosa.

4) Dimasukkan ke dalam Syurga Allah.
• Kita pasti terjamin akan memasuki Syurga Allah s.w.t. jika mempunyai sifat malu. Malu melakukan maksiat dan dosa di hadapan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sifat malu itu adalah daripada iman, dan iman itu tempatnya adalah di Syurga. Manakala , mengeluarkan kata kesat itu daripada kekasaran atau kejahatan dan kekasaran atau kejahatan itu tempatnya dalam neraka." (Riwayat Tirmizi)

5) Mendatangkan kebaikan.
• Apabila timbul sifat malu kepada Allah, pastinya kelakuan kita adalah yang terbaik. Malah kita juga jauh daripada fitnah. Dari Imran bin Husaini r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersadba: "Sifat malu itu tidak datang melainkan dengan kebaikan." (Riwayat Muslim)

Keindahan akhlak pasti terpancar, jika kita memiliki sifat malu. Namun, malu tidak menjadikan seseorg itu lemah. Malah menjadikan, seseorang itu berani, bersemangat serta tabah dalam mengharungi kehidupan sebgai seorang Muslim yang kental dan beriman.


Posted via Blogaway

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...