Langkau ke kandungan utama

KITA AKAN DIPERSOALKAN TENTANG APA YANG KITA TULIS

BERHATI2LAH ----
KITA AKAN DIPERSOALKAN TENTANG APA YANG KITA TULIS

Dewasa ini, menyaksikan munculnya medium-medium penulisan yang pelbagai. 

Munculnya Facebook, Twitter, Blog, dan sebagainya, menjadikan kesemuanya seakan lidah kedua buat insan dalam menyampaikan kritikan dan pandangan, melontarkan idea dan sebagainya.

Dalam keterujaan kita menulis, atas alasan apa sekalipun sesuatu penulisan itu dihasilkan, adakah kita pernah terfikir yang kita pasti akan ditanya berkenaan apa yang kita tulis ?

Jika kita memanfaatkan medium-medium ini dengan menulis perkara-perkara kebaikan, mudah-mudahan kita memperoleh ganjaran pahala dan kebaikan...insya Allah

Jika kita menyalah gunakan medium-medium ini dengan menulis perkara-perkara yang boleh menimbulkan permusuhan, perbalahan, cercaan dan makian, ia secara tidak langsung hanya menambahkan saham dosa kita yang tersedia ada.

Kerana itu, hati-hatilah dalam menekan butang 'ENTER' di komputer, laptop, tab, dan sebagainya.

Kerana sesuatu penulisan tidak akan terpapar jika kita menekan butang selainnya.

Sebelum menekannya, fikirkan sejenak.

Atas tujuan apa aku menulis ?

Baik dalam memberi komentar, kritikan, dan seumpamanya.

Adakah supaya aku ini dilihat berilmu ?

Adakah supaya aku ini dilihat sebagai jagoan ?

Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kefasadan niat yang menyebabkan terhasilnya penulisan yang tidak bermanfaat.

Percayalah sekalian sahabat, jantung hati yang fasad (rosak) akan menghasilkan penulisan yang fasad.

Semoga Allah menzahirkan kebenaran di atas lisan dan penulisan kaum Mu'minin.

Benar kata Sufyan at- Tsauri:

Tidak aku rawati suatupun melebihi rawatanku terhadap niatku.

Dalam keterujaan kita menulis, selepas segala ayat disusun kemas, dengan bahasa yang jelas.

Kita lalu menekan butang 'ENTER'.

Para pembacanya membacanya dengan interpretasi yang berbeza.

Ada yang bersetuju, ada yang sebaliknya.

Boleh jadi tulisan yang dihasilkan akan menyebabkan
mafsadah (kebinasaan) yang besar.

Boleh jadi juga manfaatnya ada, sedikit cuma.

Cuma, renungkanlah kata-kata Allah ini:

"Pada hari ini, telah kami kuncikan mulut-mulut mereka. Kami menjadikan tangan-tangan mereka itu bercakap, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka kerjakan"

Ya ! Tangan yang sama kita gunakan untuk menimbulkan kerosakan, perpecahan, cercaan, sindiran, melalui penulisan itu, tangan itu jugalah yang akan berkata-kata menceritakan segala perbuatan yang telah kita kerjakan.

Semoga tangan-tangan dan kaki-kaki itu, menjadi saksi akan segala amal kebaikan yang telah kita lakukan melalui lisan, amalan, dan tulisan.

Allahumma Amiin.

Tahanlah tangan itu dari menulis sesuatu yang tidak bermanfaat.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...