Langkau ke kandungan utama

5 Kebaikan yang Mungkin Kita Belum Pernah Lakukan.



Berikut adalah 5 kebaikan yang mungkin kita belum pernah lakukan:

1. Basuh tandas Awam/Masjid

Adakalanya manusia berfikir membasuh tandas awam terutamanya tandas masjid adalah kerja orang lain. Ramai yang sering mengadu kenapalah tandas masjid asyik kotor aje. Jadi kalau bukan kita yang nak bersihkan maka siapa lagi ? Ini adalah peluang untuk kita buat amal. Sesungguhnya perbuatan membasuh tandas masjid bukanlah suatu perbuatan hina bahkan ianya satu perbuatan yang mulia kerana ianya memberi manfaat kepada orang ramai. Amacam ada berani basuh tandas awam/masjid ? p/s: Tandah rumah sendiri pun jangan lupa basuh.

2. Membantu Ibu tunggal/Janda.

Untuk membantu ibu tunggal atau janda tidak semestinya dengan mengahwini mereka. Boleh juga membantu mereka dari segi keangan, mengajar anak2 mereka dan sebagainya. Namun kalau nak kahwini/berpoligami dengan mereka itu lebih baik kerana secara tidak langsung membantu mereka dari segi menjaga kehormatan mereka. Jom renung Hadis Sahih berikut:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَكَالْقَائِمِ لَا يَفْتُرُ وَكَالصَّائِمِ لَا يُفْطِرُ

Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Dari Nabi صلی الله عليه وسلم beliau bersabda: Orang yang membiayai para janda dan orang miskin itu bagaikan seorang pejuang di jalan Allah. Aku mengira beliau menambahkan: Dan bagaikan orang yang selalu menjalankan salat malam tanpa henti atau bagaikan orang yang selalu berpuasa tanpa berbuka
(Shahih Muslim) No.: 5295

3. Mencuci pinggan mangkuk selepas makan.

Yang ini memang special dan kena jadikan tabiat. Bagi yang masih duduk dengan Mak mereka, apalah salahnya cuci pinggan makan tu sendiri, Mak dah penat2 masak, pinggan tolonglah cucikan. Bukankah itu akan menyenangkan hati Mak? Bagi yang dah ada bini pun sama gak, setiapa kali makan basuhlah pinggan sendiri. InsyaAllah, Bini anda akan lebih sayang pada anda

4. Membantu Anak Yatim

Dari Sahl bin Sa'ad رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam syurga seperti ini." Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara keduanya itu." (Riwayat Bukhari)

Kafilul yatim ialah orang yang menanggung segala perkara yang diperlukan oleh anak yatim - baik makan, minum, kediaman, pakaian dan pendidikannya, juga lain-lainnya pula.

Zaman sekarang ada banyak rumah anak yatim. Maka tiada alasan untuk kita tidak membantu mereka. Ada juga dikalangan saudara mara terdekat kita yang sudah menjadi Yatim maka disini dua kebaikan yang kita dapat apabila membantu mereka. Pertama: Kebaikan Sedekah itu sendiri. Kedua:Kebaikan menghubungkan silaturrahin. InsyaAllah.

5. Ucap Terima Kasih pada Cleaner

Bagi mereka yang duduk di ofis, bila cleaner datang ambil bakul sampah ditempat anda, pernahkah anda ucapkan terima kasih? Hah, kalau x pernah maka inilah masanya. Ucapan terima kasih anda akan membuatkan hati cleanaer tersebut lebih bahagia. Moga anda juga akan merasa bahagia yang berpanjangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...