Langkau ke kandungan utama

KENYATAAN BERKAITAN PERBICARAAN MAHKAMAH PRESIDEN MURSI DAN PIMPINAN IKHWAN



Semenjak berlakunya rampasan kuasa, kudeta telah mengenakan tekanan ke atas Presiden yang sah, Muhammad Mursi dan pimpinan Ikhwan Muslimin melalui taktik penculikan dan disembunyikan Presiden sehingga tidak diketahui khabar beritanya selain penangkapan anggota-anggota Ikhwan Muslimin. Tatkala kudeta mendapati tekanan ini tidak berhasil, kini tekanan diberikan dengan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu lalu mereka ini diheret ke mahkamah atas dakwaan jenayah dalam sangkaan kudeta tindakan ini akan menjadikan pejuang-pejuang kita tunduk kepada mereka.

Sebagai permulaan, mereka mengheret Presiden Mursi dan pembantu-pembantu Pejabat Presiden dan pimpinan Ikhwan atas tuduhan terlibat membunuh beberapa orang warga Mesir di hadapan Istana Ittihadiyah (iaitu tragedi yang berlaku pada November 2012). Walhal dalam tragedi tersebut kebanyakan mangsa yang dibunuh merupakan penyokong Presiden Mursi dan anggota Ikhwan Muslimin. Ini kerana Jabatan Pendakwaraya telah melupuskan bukti siasatan iaitu 8 orang daripada 11 mereka yang dibunuh itu merupakan anggota Ikhwan Muslimin tetapi Presiden Mursi telah tampil ke mahkamah (pada 4 November 2013) dengan penuh berani, yakin dan cekal. Maka kedudukan Presiden makin kuat di hati sanubari rakyat jelata.

Kemudian, Presiden dihadapkan ke mahkamah lagi bersama-sama pimpinan Ikhwan lain dengan dakwaan "mengintip dan menjadi talibarut kepada HAMAS", satu perkara yang memaksa pertubuhan hak asasi manusia, "Human Rights" mengeluarkan kenyataan "bahawa tuduhan ini satu yang tidak realistik dan tidak masuk akal". Wakil pertubuhan yang berpusat di Amerika itu berkata, "Penahanan Presiden dan pembantu-pembantu Pejabat beliau merupakan satu penindasan dan kesemua mereka mesti dibebaskan segera".

Tidak cukup lagi, beberapa hari kemudiannya, buat kali ketiga pihak kudeta telah mengheret Presiden Mursi bersama-sama 132 orang pimpinan Ikhwan Muslimin lain ke mahkamah atas dakwaan mereka telah melarikan diri dari Penjara Wadi Natroun (iaitu pada hari berlakunya Revolusi 25 Januari 2011, di saat beberapa buah penjara di Mesir diceroboh dan banduan dibebaskan dari penjara atas arahan Mubarak ketika itu bertujuan untuk menghuru-harakan negara) walaupun tuduhan ini telah disangkal oleh Jawatankuasa Pemilihan Presiden (tahun lepas 2012 ketika berlangsungnya kempen Pilihanraya Presiden Mesir) dan juga berdasarkan saksi-saksi dari kalangan pegawai polis bahawa mereka (Mursi dan pimpinan Ikhwan) ketika itu bukan melarikan diri tetapi cuba mencari mendapatkan pelindungan.

Kita jangan rasa pelik jika mereka (kudeta) akan mengheret Presiden dan pimpinan Ikhwan Muslimin dengan tuduhan-tuduhan baru seperti penipuan sijil sekolah rendah dan kesalahan lalulintas yang bakal dihadapkan.

Secara umumnya, ini semua bukti bahawa kudeta telah hilang akal dan kebenararan, menunjukkan bahawa saat kejatuhan mereka semakin hampir Insya-Allah. Akan tetapi apa yang menambahkan kesedihan kita ialah kerjasama yang diberikan oleh golongan hakim dan petugas-petugas di Pejabat Peguam Negara dalam menjayakan sandiwara ini.

"Hasbunallahu wani'mal wakil"

Ikhwan Muslimin
20 Safar 1435 H bersamaan 23 Disember 2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...