Hari ini 30 Mac 1432M bersamaan 27 Rejab 835H kelahiran Sultan Muhammad al-Fatih (30 Mac 1432 – 3 Mei 1481) atau Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan “al-fath” (الفاتح) seperti Surah al-Fatihah bererti surah pembukaan atau “Pembuka yang besar” yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze.
Baginda adalah Sultan yang memerintah Kerajaan Islam Uthmaniyyah dari tahun 1444 hingga 1446 dan kemudian dari tahun 1451 hingga 1481. Baginda menakluk dan membuka Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran dan kejatuhan Empayar Byzantine. Peluasan kekuasaaan Islam mengunjur sehinggalah ke Anatolia dan mara sampai ke Bosnia.
Sultan Muhammad al-Fatih dianggap sebagai perwira dan tokoh kepahlawanan umat Islam pada hari ini dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada pembuka dan penguasa agung dunia Islam era moden.
Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne, ibu negara Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Bapanya ialah Sultan Murad II (1404–51) dan ibunya Valide Sultan Hüma Hatun, dilahirkan di bandar Devrekani, Kastamonu.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin). Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW: “ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan mengiktiraf kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin al-Wali yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Dikisahkan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Dalam tempuh kurang dua tahun, baginda memimpin 250 ribu tentera diiktiraf oleh Rasulullah SAW semuanya terdiri daripada tentera sebaik-baik tentera. Sebaik-baik yang dimaksudkan ialah bertaqwa. Orang bertaqwa sangat menjaga diri dari terlibat dengan dosa besar. Mereka menghindari dosa-dosa kecil.
Orang bertaqwa ialah orang yang hatinya sangat kuat dengan Allah. Takut dan cintakan Allah sangat ketara pada peribadi mereka. Mereka sangat kuat berkorban masa, tenaga, harta hatta nyawa untuk Allah, Rasul dan Islam. Cinta dunia tidak ada sama sekali sebaliknya mereka sangat cintakan Akhirat.
Bagaimana seorang pemimpin atau mana-mana Sultan mampu mendapatkan sejumlah tentera yang memiliki sifat-sifatnya tersebut dalam masa yang begitu singkat? Mampukah seorang pemimpin mendidik dan mengasuh atau memimpin sejumlah 250 ribu orang tentera yang semuanya baik-baik pada usia awal 20-an?
Sejurus sebelum memulakan kempen perang, Sultan Muhammad al-Fatih telah mengumpulkan seluruh tenteranya dalam satu sesi. Sebaik sebelum solat fardhu yang akan diimamkan oleh baginda sendiri, semua tenteranya diminta bangun berdiri tegak terlebih dahulu, lalu baginda mengajukan beberapa soalan antaranya;
1. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat fardhu walaupun sekali, silakan duduk. Semua tenteranya berdiri tegak, tanpa ada seorang pun yang duduk.
2. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat berjemaah walaupun sekali, sila duduk. Sebahagian tenteranya duduk.
3. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal sunat rawatib walaupun sekali, silakan duduk. Sebahagian besar tenteranya yang masih berdiri pun duduk. Baki yang masih bediri dari kebanyakannya adalah tentera yang kanan-kanan. Kemudian baginda bertanya lagi.
4. Siapakah di kalangan tuan-tuan yang sejak balighnya pernah tertinggal solat malam (tahajjud) walau pun sekali silakan duduk. Maka semua tentera yang tadinya masih berdiri tegak pun duduk.
Tinggallah Sultan Muhammad al-Fatih berdiri terpacak seorang diri di hadapan seluruh tenteranya. Maka fahamlah tentera-tentera Sultan Muhammad al-Fatih bahawa Sultan dan juga ketua tentera yang menjadi imam setiap kali solat berjemaah itu tidak pernah meninggalkan amalan solat sunat malam sejak baginda baligh walau pun sekali.
Disediakan oleh:
Penerangan masjid nurul amin..
Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak
Ulasan
Catat Ulasan