Langkau ke kandungan utama

Belajar SYUKUR daripada buah tembikai

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai ( ada orang panggil timun Cina ). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut

Melihat isterinya yang merungut itu, suami berkata

"Saya membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Saya tau"

Suami: " pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"

Isteri: " Tentulah yang manis"

Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Mesti yang manis"

Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung

"Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."

Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri

Orang itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata

"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam

Marahkan siapa?

"Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"


Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja

Pengajarannya:

Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati...
Atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yang mengurniakan rezeki itu kepada kita

Kita mestilah belajar bersyukur. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak

Semoga bermanfaat...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak...

LAJUKAN INTERNET GUNA CMD

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul x Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda. Connect ke internet..on wifi.. Click pada Start Menu, dan taipkan  cmd  di bahagian search Di cmd, taipkan  ipconfig/all  dan tekan  enter     4.  Cari maklumat  IP Address  dan  Default Getaway  dan salin( warna hijau dibawah ) 5.   Taipkan  ping  [IP address ATAU Default Getaway]  -t  dan tekan enter   6. Korang akan nampak reply seperti di bawah ni.  Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online . Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

kisah Abu Musa Al Soleh

Abu Musa Al Soleh seorang permuda yang baik dan soleh, pada suatu hari beliau berjalan ditepi sungai, lalu terjumpa sebiji buah tufah(epal), beliau terlalu lapar dan terus ambil epal tersebut dan makan, lalu beliau terfikir "Ya Allah aku dah makan buah ini tanpa meminta izin" lalu beliau mencari dimana pohon buah epal tersebut, dan terjumpa seorang pakcik dan meminta agar dihalalkan epal yang dimakannya. Dan pakcik tersebut terfikir "baik sungguh pemuda ini untuk meminta halal kerana sebiji epal", lalu pakcik tersebut berkata, "boleh aku halalkan jika kamu menjadi hambaku selama 10 tahun". Diatas kesolehan pemuda tersebut beliau menerima asalkan halal. Dipendekan cerita, selepas 10 tahun berakhir, Abu soleh soleh meminta agar dihalalkan, dan pakcik tersebut berkata " boleh aku halalkan, jika kamu mengahwini anaknya yang buta, pekak dan lumpuh. Diatas kesolehan abu musa al soleh, beliau menerima dan dikahwini. Setelah selesai akad nikah, abu musa pe...