Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Jom letak widget radio di BLOG!

Suka dengar radio? Apa kata kita letakkan radio sebagai widget di blog anda.Saya akan berikan anda kod untuk memasukkan radio sebagai latar dalam blog anda. Tak banyak radio yang dapat Saya sediakan kepada anda disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, sesetengah radio yang memerlukan plug-in tambahan bagi melancarkan radio tersebut. Oleh sebab itu,Saya hanya sediakan radio yang boleh dipasang dan dimainkan secara segera. Boleh ambil kepada yang menyukainya. Jom try nak? Hitz.fm <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,0,0" height="63" width="100%"> <param value="" name="movie"> <param value="high" name="quality"> <param value="#000000" name="bgcolor"> <embed height="63" width="280" pluginspage="http://www.macromedi

RAHSIA KEAJAIBAN MOLEKUL AIR DAN AIR ZAMZAM

Firman Allah S.W.T : “Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup” (Surah Al-Anbia, ayat 30 ) Maha Suci Allah  yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen ( air ) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata? Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai  alat perakam terbaik . Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita ( tanpa kata-kata ). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk de

SAAD BIN MUAZ MENGEGARKAN ARASH ALLAH S.W.T

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasu

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US: 'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..  Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,  Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa ura

SIHAT CARA ISLAM

Empat perkara menguatkan badan  1. Makan daging  2. Memakai haruman  3. Kerap mandi  4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)  2. Selalu cemas  3. Banyak minum air ketika makan  4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan Mata  1. Duduk mengadap kiblat  2. Bercelak sebelum tidur  3. Memandang yang hijau  4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakkan Mata   1. Memandang najis  2. Melihat orang dibunuh  3. Melihat kemaluan  4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran   1. Tidak banyak berbual kosong  2. Rajin bersugi (gosok gigi)  3. Bercakap dengan orang soleh  4. Bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke

Berapa Umur Dunia ??

Ketika Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah s.w.t di bukit Thursina, beliau sempat mengajukan beberapa pertanyaan kepada Allah. Allah menjawab, bahawasanya Dia pertama-tama menciptakan Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itu Allah menciptakan Durratul Baidha'. Selanjutnya, dari Durratul Baidha' itu Allah menciptakan tujuh puluh ribu planet angkasa, yang masing-masing luasnya tujuh puluh kali luas bumi.Setiap planet berpenghuni 70,000 - dari bangsa manusia, malaikat dan jin. Allah menciptakan semua itu hanya dengan kalimat "Kun Fayakun!". Dan mereka beribadah kepada Allah selama 70,000 tahun. Tetapi, akhirnya mereka mendurhakai Allah, sehingga Allah membinasakan mereka,Kemudian, Allah menciptakan 80,000 planet yang masing-masing luasnya sepuluh kali luas bumi, terletak di lapisan langit. Di situ Allah menciptakan jenis unggas pemakanan tumbuhan. Namun, akhirnya unggas itu punah. Lalu, Allah menciptakan 20,000 manusia yang berasal dai cahaya. Lambat laun makhluk itu pu

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud a.s.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.     Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"     Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.      Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar a

Iblis Bertanya ALLAH S.W.T Menjawab

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: &quo

KISAH SESEORANG YANG RAGU-RAGU TERHADAP HADIS LALU KEPALANYA BERTUKAR MENJADI KEPALA HIMAR

Ada seorang tok guru yang mengajar ribuan orang anak murid. Walaupun anak muridnya ramai tetapi tiada seorang pun yang pernah melihat wajahnya. Ini kerana, ketika beliau mengajar, beliau menutupi wajahnya dengan kain. Perkara tersebut telah menimbulkan keraguan kepada anak-anak muridnya. Pada suat u hari, ada seorang anak muridnya memberanikan diri untuk bertanya,”Tuan guru, bolehkah saya melihat wajah tuan guru?” ”Boleh ... tapi kamu jangan terkejut,” jawab tok guru itu. Tok guru itu pun membuka kain yang membaluti wajahnya. Alangkah terkejutnya anak murid tersebut tatkala mendapati wajah tok guru itu menyerupai kepala himar! ”Bagaimana tuan guru boleh jadi sebegini?” ”Suatu masa, aku pernah mempertikaikan sebuah hadis yang bermaksud,’ Tidakkah mereka takut kepala mereka ditukarkan menjadi kepala himar jika mereka mengangkat kepala mendahului imam (dalam solat)’. Aku langsung tidak meyakini hadis itu dan mempertikaikannya. Suatu hari, aku sengaja mengangkat kepala aku mendahului im

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada  Allah s.w.t..  Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali  Allah , tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!&

Kisah Azazil atau Iblis Keturunan Ras Nisnas??

Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaannya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi yang putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. Allah SWT berfirman kepada-Nya: “Hai, unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan Kumatikan.” Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya, habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati. Setelah kematian tersebut, Aliah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh pulun orang lelaki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptak

20 PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARRAM

1 muharram merupakan bulan pertama dalam islam,banyak peristiwa yang telah berlaku dalam bulan islam,kita sebagai umat islam wajib ambil tahu kisah yang telah berlaku dalam bulan islam,supaya menjadi pengajaran buat kita semua ,disini saya ingin kongsikan sedikit peristiwa yang berlaku dalam bulan muharram. 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Al